Breaking

Post Top Ad

Thursday, October 11, 2018

Skor Aspek Penglibatan Kokurikulum Bagi program NILAM Yang Ditambahbaik (PAJSK)



Cth
Sari Yanti, murid tahun 6 SK Felda Bukit Ramun, Kulai Johor telah membaca sebanyak 150 bahan dalam tahun 2018. IQNILAM 2018 Sari Yanti ialah 0.95
Jumlah bahan bacaan terkumpul dari Tahun 1(2013)  sampai Tahun 5 (2017) ialah sebanyak 426

1. Jumlah bahan bacaan terkumpul (Tahun 1 - Tahun 6) bagi Sari Yanti ialah sebanyak 576 buah bahan
2. Mengikut pengiktirafan bintang, Sari Yanti layak mendapat 4 Bintang
3. TETAPI...disebabkan IQNILAM murid ini tdak mencapai minimum 1.0, 4 bintang ini tidak akan muncul di dalam sistem dan dianggap tidak mencapai TAHAP NILAM
4. PAJSK juga tidak mendapat apa2 markah

Cth 2.
Rita Rudaini, murid tahun 6 SK Felda Bukit Ramun, Kulai Johor telah membaca sebanyak 50 bahan dalam tahun 2018. IQNILAM 2018 Sari Yanti ialah 1.5
Jumlah bahan bacaan terkumpul dari Tahun 1(2013)  sampai Tahun 5 (2017) ialah sebanyak 400

1. Jumlah bahan bacaan terkumpul (Tahun 1 - Tahun 6) bagi Rita Rudaini ialah sebanyak 450 buah bahan
2. Mengikut pengiktirafan bintang, Rita Rudaini layak mendapat 3 Bintang
3. 3 bintang ini akan akan muncul di dalam sistem dan dianggap TELAH MENCAPAI TAHAP NILAM
4. PAJSK Rita Rudaini akan mendapat markah minimum "5"
5. Rita Rudaini layak mendapat 5 bagi PAJSK kerana
a) Jumlah bahan dibaca berada dalam skala 3 BINTANG
b) Mencapai IQNILAM minimum 1.0
c. TERLIBAT dalam Program NILAM
6. Kenapa tidak 6? Sedangkan 6 juga berada pada 3 BINTANG
Rita Rudaini boleh mendapat markah 6 untuk PAJSK sekiranya dia MEWAKILI SEKOLAH UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT ZON/DAERAH/BAHAGIAN

Morty Wahid, [09.10.18 15:33]
[Forwarded from Morty Wahid]
Cth 3
Fadhiya, murid tahun 6 SK Felda Bukit Ramun, Kulai Johor telah membaca sebanyak 350 bahan dalam tahun 2018. IQNILAM 2018 Fadhiya ialah 2.0
Jumlah bahan bacaan terkumpul dari Tahun 1(2013)  sampai Tahun 5 (2017) ialah sebanyak 450
Fadhiya juga mewakili Negeri Johor ke Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2018

1. Jumlah bahan bacaan terkumpul (Tahun 1 - Tahun 6) bagi Fadhiya ialah sebanyak 800 buah bahan
2. Mengikut pengiktirafan bintang, Fadhiya layak mendapat 5 Bintang
3. 5 bintang ini akan akan muncul di dalam sistem dan dianggap TELAH MENCAPAI TAHAP NILAM
4. PAJSK Fadhiya akan mendapat markah minimum "7"
5. Fadhiya layak mendapat 7 bagi PAJSK kerana
a) Jumlah bahan dibaca berada dalam skala 5 BINTANG
b) Mencapai IQNILAM minimum 1.0
c. TERLIBAT dalam Program NILAM
6. Oleh kerana Fadhiya mewakili Negeri ke PERINGKAT KEBANGSAAN untuk ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2018, maka Fadhiya layak mendapat 10 bagi PAJSK

Saya kira penjelasan ini cukup jelas dan menjawab semua persoalan berkaitan BINTANG dan PAJSK

Terima kasih

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad