‘Read Me a Book’’ – Merupakan satu program galakan membaca yang menggunakan mekanisme ‘’read aloud’’ atau ‘’storytelling’’ kepada kanak-kanak dan pencerita perlu memakai apron kuning. Program ini merupakan program kerjasama galakan membaca yang diterajui oleh National Library for Children and Young Adults (NLCY), Repulik Korea dan 9 buah Perpustakaan Negara ASEAN iaitu Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Mynmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Tujuan : Kempen membaca bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan negara-negara ASEAN dan Republik Korea.
Tempoh Pelaksanaan : 15 Januari 2020 sehingga 23 April 2020 (Cabaran 100 Hari) *Kemuncak program pada 23 April bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
PERINCIAN PROGAM:
i). Slogan : ASEAN-ROK is READING dan Logo : ‘’Apron Kuning’’
ii). #Cabaran Apron kuning - Perpustakaan atau pelaksana berkongsi gambar yang dimuatnaik di Instagram (IG) bagi
aktiviti ‘Read Aloud’ atau sesi bercerita yang dikendalikan oleh pencerita yang memakai apron kuning.
iii)Program ini dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dalam
kalangan negara-negara ASEAN melalui Perpustakaan Negara masing-masing dan boleh dijalankan di mana-mana lokasi khususnya perpustakaan.
iv). Sasaran peserta bagi program ini adalah golongan kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Syarat Pelaksanaan Program :
1.Pencerita perlu memakai apron kuning yang dibekalkan oleh National Library for Children's & Young Adults, Korea melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sahaja apabila menjalankan sesi ‘Read Aloud’ atau sesi Bercerita.
2.Mengambil gambar atau klip video pencerita/sukarelawan yang menjalankan aktiviti ‘read aloud’/’story telling’.
3.Muat naik gambar atau klip video di Instagram. Tag Istagram rasmi PNM (pnm_rasmi)
4. Tag gambar atau video menggunakan semua 4 tanda pagar (#) wajib iaitu :
#readmeabook_yellowapron
#aseanrokisreading_malaysia
#yellowapron_hashtagchallenge
#perpustakaannegaramalaysia
No comments:
Post a Comment