Breaking

Post Top Ad

Tuesday, September 29, 2020

Hadiah Penulisan Terbaik Pengkarya Muda 2020

 Tujuan Bengkel Pengkarya Muda ialah untuk menggalak dan melahirkan murid yang berbakat dalam penulisan pelbagai karya kreatif seiring dengan Program NILAM Kebangsaan. Bengkel ini juga bertujuan untuk melestarikan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid di samping membantu dalam proses pencarian ilmu pengetahuan dan penguasaan literasi maklumat. 

Sehubungan dengan itu , bahagian ini memohon untuk mencalonkan satu karya terbaik yang telah dihasilkan oleh murid dalam Kategori Bahasa Melayu. Antara karya yang boleh dihantar seperti cerpen,cerita pendek, puisi,pantun, gurindam dan lain-lain. Karya yang telah dimuktamadkan perlu dihantar sebelum atau pada 15 Oktober 2020.

Bersama-sama ini  dilampirkan borang penyertaan peserta pengkarya muda. (borang 01)

Borang penyertaan dan karya yang telah lengkap boleh diemail kepada ppsp.bstp@moe.gov.my. Maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh menghubungi 

En. Airil Anuar Ahmad ditalian 03-20818180

En.Mohd Fazli Hj Mat Akar ditalian 03-20818184





No comments:

Post a Comment

Post Top Ad