KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SALURAN KHUSUS TV PENDIDIKAN MELALUI DIDIKTV KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus
TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari 2021. Saluran
ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.
Pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada
hari pertama siaran jam 8.00 pagi.
Pewujudan saluran khusus ini merupakan usaha berterusan KPM dalam
meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh
negara. Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama
sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7. Kini, buat
pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara
terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.
DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO
dan saluran ntv7 di TV UNIFI. Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang
menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi
penalaan automatik
No comments:
Post a Comment