Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan Bilangan 3 Tahun 2024 pada 1 Oktober 2024 mendapati masih terdapat Ketua Jabatan yang lewat mengangkat perakuan urusan kenaikan pangkat dan tatatertib, mengemukakan perakuan kenaikan pangkat yang tidak lengkap dan tidak teratur serta tidak mengemas kini data dalam sistem ePangkat, eOperasi dan HRMIS sehingga menyebabkan ketidakaturan urusan kenaikan pangkat dan tatatertib Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian ini.
Kelewatan dan ketidakcekapan Ketua Jabatan akan memberi implikasi yang besar kepada ketirisan peruntukan mengurus Kementerian kerana terpaksa membayar tunggakan emolumen di tahun semasa apabila PPP dinaikkan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) dan tarikh kenaikan pangkat dikebelakangkan. Kecuaian Ketua Jabatan juga boleh menjejaskan imej serta reputasi penyampaian perkhidmatan di Kementerian ini.
Justeru, semua Ketua Jabatan adalah diarahkan untuk memastikan tiada urusan kenaikan pangkat dan tatatertib yang tertunggak dengan melaksanakan pemutihan urusan-urusan berkaitan dengan segera.Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Jabatan yang disifatkan sebagai kurang cekap atau kurang berusaha, tidak bertanggungjawab, ingkar perintah serta cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya, boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 4(1)(e),(g),(i)dan(j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Kementerian juga memandang serius akan perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat.
Post Top Ad
Friday, October 18, 2024
Home
kenaikan pangkat
kpm
tatatertib
PENINGKATAN KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN TATATERTIB DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENINGKATAN KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN TATATERTIB DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tags
kenaikan pangkat#
kpm#
tatatertib#
Share This
About penulis
tatatertib
Labels:
kenaikan pangkat,
kpm,
tatatertib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Info Penulis
Penulis adalah seorang ...... yang berkongsi maklumat dan info terkini berkaitan Pusat Sumber Sekolah dan juga Program NILAM di Malaysia.
No comments:
Post a Comment