Bersama-sama ini dikemukakan surat peringatan daripada Ketua Setiausaha, KPM berhubung Kelewatan Mengemukakan Permohonan Bertugas Rasmi ke Luar Negara yang jelas menerangkan maksudnya tersendiri untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
4.1 Semua permohonan bertugas rasmi ke luar negara hendaklah diterima oleh Bahagian Kewangan tidak kurang daripada 21 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan;
4.2 Bagi permohonan yang memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan Malaysia, permohonan hendaklah diterima oleh Bahagian Kewangan tidak kurang daripada 35 hari bekerja;
4.3 Semua permohonan bertugas rasmi ke luar negara yang menggunakan peruntukan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah hendaklah diterima oleh Bahagian Kewangan tidak kurang daripada 10 minggu sebelum tarikh perjalanan; dan
4.4 Sekiranya terdapat kuiri, maklum balas perlu mengemukakan semula dokumen dalam tempoh 5 hari bekerja.
5. Justeru itu, YBhg. Datuk/ Dato'/ Datu/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan diingatkan untuk membuat perancangan awal bagi memastikan semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang dihantar ke Bahagian Kewangan adalah selaras dengan ketetapan sebagaimana yang dijelaskan di Perenggan 4 di atas. Kegagalan untuk mematuhi proses kerja ini terutama sekiranya didapati kelewatan mengemukakan permohonan disebabkan kecuaian/ kelemahan pegawai/ Bahagian/ Jabatan boleh menyebabkan permohonan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datu/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan tidak dipertimbangkan.
6. Sungguhpun begitu, permohonan yang lewat dikemukakan disebabkan jemputan/ notis yang singkat daripada pihak penganjur/ urus setia program boleh dipertimbangkan tertakluk:
6.1 Disokong berserta justifikasi kukuh oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing (bagi pegawai selain Pegawai Perkhidmatan Pendidikan);
6.2 Justifikasi kukuh termasuklah ketiadaan wakil KPM dalam sesebuah program akan memberi implikasi negatif kepada negara/ KPM seperti menjejaskan hubungan diplomasi antara dua (2) buah negara, KPM dikenakan hukuman/ denda selaras dengan Memorandum Persefahaman (MoU)/ Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah dimeterai dan seumpamanya; dan
6.3 Bahagian/ Jabatan mempunyai peruntukan sedia ada yang mencukupi.
Post Top Ad
Thursday, November 14, 2024
Home
permohonan bertugas rasmi ke luar negara
PERINGATAN BERKENAAN KELEWATAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA
PERINGATAN BERKENAAN KELEWATAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA
Tags
permohonan bertugas rasmi ke luar negara#
Share This
About penulis
permohonan bertugas rasmi ke luar negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Info Penulis
Penulis adalah seorang ...... yang berkongsi maklumat dan info terkini berkaitan Pusat Sumber Sekolah dan juga Program NILAM di Malaysia.
No comments:
Post a Comment