Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan Public Sector CIO Convex 2018 pada 13 hingga 14 November 2018 di Pusat Konvensyen Tabung Haji, KLIA dan dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Antara objektif persidangan ini adalah untuk mengarusperdanakan Kerajaan Digital dalam penawaran perkhidmatan Kerajaan. Persidangan ini juga menyediakan platform kepada perkongsian idea dan pengalaman serta peluang kolaborasi yang lebih mantap antara agensi Kerajaan, akademia, sektor swasta dan Komuniti Terbuka bagi meningkatkan tahap keyakinan dalam pembangunan dan pelaksanaan sistem berasaskan sumber terbuka. Persidangan ini akan melibatkan pembentang antarabangsa dan tempatan.
Pihak MAMPU ingin menarik perhatian Tuan/Puan bahawa satu (1) Karnival Digital yang bakal mempamerkan produk-produk berkaitan dan perkhidmatan daripada sektor awam dan swasta juga turut diadakan semasa persidangan ini berlangsung. Kehadiran orang ramai dijangka dapat memberikan pendedahan dan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai produk-produk dan perkhidmatan serta pelaksanaan inisiatif Kerajaan dan swasta terutamanya melalui senario/trend teknologi ICT terkini.
Maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh diakses melalui http://cioconvex.mampu.gov.my atau dengan memuat turun aplikasi CIO Convex 2018 (PSCC 2018) di App Store, Google play atau GAMMA.my ke telefon bimbit anda.
No comments:
Post a Comment