Breaking

Post Top Ad

Tuesday, September 19, 2023

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN MESYUARAT JEMAAH MENTERI BERHUBUNG CADANGAN PELAKSANAAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DALAM MAJLIS RASMI KERAJAAN

 Bagi memastikan Rukun Negara terus dihayati dan dibudayakan dalam kehidupan masyarakat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 telah bersetuju supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah iaitu cita-cita yang ingin dicapai dan diikuti lima (5) prinsip Rukun Negara dalam Majlis Rasmi Kerajaan yang dianjurkan oleh Kementerian tertakluk pada kesesuaian dan diputuskan oleh Kementerian berkenaan. Mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju supaya ikrar Rukun Negara dilafazkan secara penuh di Dewan Parlimen pada setiap sesi pembukaan penggal dan permulaan sesi mesyuarat serta di semua sekolah semasa sesi perhimpunan.

Dilampirkan teks lafaz ikrar penuh untuk rujukan dan tindakan. 



No comments:

Post a Comment

Post Top Ad