Guru kelas di setiap tahun atau tingkatan bagi setiap sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam mengumpul data. Mereka perlu menghantar laporan bacaan dan aktiviti murid mengikut masa yang ditetapkan iaitu sebulan sekali.
Sekiranya guru kelas tidak memainkan peranan, data program NILAM mustahil dapat diperoleh dengan tepat bagi sekolah berkenaan.
Antara langkah yang dicadangkan untuk guru kelas adalah:
1. Guru kelas perlu menyemak dan mengambil data rekod bacaan NILAM di dalam kelas masing-masing sekurang-kurangnya sebulan sekali.
2. Guru kelas bertanggungjawab membuat analisis dan rumusan bagi setiap bulan berdasarkan data yang diperoleh.
3. Rekod NILAM kelas perlu disimpan di dalam satu fail khas.
4. Setiap akhir bulan, guru kelas perlu menyerahkan fail rekod NILAM kelas kepada penyelaras tahun atau tingkatan bagi analisis dan kemas kini data NILAM bagi setiap tingkatan.
5. Guru kelas boleh mendapatkan fail rekod NILAM kelas pada bila-bila masa jika diperlukan.
6. Sekiranya mereka bertukar kelas ataupun sekolah, guru kelas bertanggungjawab menyediakan laporan status NILAM supaya diserahkan kepada pihak berkenaan. (guru kelas atau sekolah yang baru)
No comments:
Post a Comment