Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Bukan Mata Pelajaran
1. Pengenalan
Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Bukan Mata Pelajaran merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada sekolah berdasarkan kadar yang ditetapkan dan enrolmen murid pada tahun semasa yang bersekolah di SK atau SBK bagi tujuan menampung perbelanjaan berunsur PdP, program pembangunan sahsiah diri dan kebajikan murid serta pentadbiran sekolah dan asrama.
PCG bukan mata pelajaran terdiri daripada 6 sub bantuan iaitu:
- Pusat Sumber Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Khas (LPBT/LPK) sekolah
- Skim Perlindungan Takaful
- Yuran Khas Sekolah (YKS), dan
- Pembelian ABR dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
- Pembelian bahan bacaan atau rujukan pelbagai bentuk yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
- Penyelenggaraan dan Pembaikan aset sedia ada yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
- Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
- Bayaran perkhidmatan penceramah/fasilitator mengikut kelayakan dalam peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
- Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Panitia seterusnya diluluskan oleh Pengurus Sekolah dalam Mesyuarat JPKA sekolah atau mesyuarat pentadbiran. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan di bawah :
- i. Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG bukan mata pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah & Asrama mana yang lebih rendah.
Yuran Khas Sekolah (YKS)
Perbelanjaan yang dibenarkan meliputi sebarang kos pengurusan dan pentadbiran serta perolehan
bagi pelaksanaan program/ aktiviti berikut:
a. Sukan/ Permainan;
b. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
c. Program Lukisan/ Kerja Tangan/ Kraftangan;
d. Pendidikan Seni Visual dan Muzik; dan
e. Perpustakaan/ Pusat Sumber Sekolah.
No comments:
Post a Comment