Breaking

Post Top Ad

Wednesday, August 14, 2019

Pengkatalogan Bahan Buku dan Bukan Buku

Indeks atau senarai bahan dalam koleksi perpustakaan atau Pusat Sumber dikenali sebagai katalog. Proses menyediakan katalog ini dipanggil Pengkatalogan.

Tujuan Pengkatalogan
- Untuk menyimpan satu rekod yang lengkap tentang koleksi bahan dalam PSS
- Untuk semakan stok dan mengesan semula bahan dalam simpanan
- Untuk memudahkan pencarian bahan mengikut aspek-aspek yang diketahui oleh pengguna.
- untuk membantu dalam pemilihan bahan :
a- dari segi format fizikal
b- dari sgi kandungan
c- dari segi edisi

Fungsi Pengkatalogan
Katalog merupakan direktori atau rekod mengenai semua koleksi PSS bagi membolehkan pengguna mencari bahan dengan mudah dan cepat.

Bentuk, Ukuran dan Warna Katalog

1. Terdapat pelbagai bentuk katalog, antaranya ialah kad, microfis, cd rom, automasi dan sebagainya.

2. Ukuran katalog sama ada kad atau bentuk lain ialah 3 inci x 5 inci atau 7.6 cm x 12cm

3. Warna yang biasa digunakan untuk kad katalog ialah warna putih untuk buku dan warna merah jambu unutk bahan bukan buku.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad