Breaking

Post Top Ad

Tuesday, September 24, 2019

Kawalan dan Pengumpulan Data Program NILAM di Sekolah

Kerja-kerja mengumpul data adalah satu perkara yang penting dalam melaksanakan program NILAM. Oleh itu, tugas mengumpul data perlu dijalankan secara sistematik dan perlu diberi agihan supaya program berjalan lancar dan berkesan.

Rekod Individu
1. Setiap murid mempunyai rekod bacaan NILAM dan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
2. Semua guru boleh mengesahkan rekod bacaan murid dalam buku rekod bacaan NILAM dan rekod atau kad RAKAN PEMBACA setiap murid.
3. Ibu bapa ataupun penjaga juga boleh mengesahkan bacaan murid dengan menandatangani pada buku rekod bacaan NILAM atau rekod atau kad Rakan Pembaca anak-anak mereka sendiri.
4, Setiap murid bertanggungjawab mendapatkan pengesahan rekod bacaan NILAM atau rekod atau kad Rakan PEMBACA mereka sendiri daripada pihak yang berkenaan sama ada guru, ibu bapa ataupun penjaga.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad