Breaking

Post Top Ad

Wednesday, February 17, 2021

Pelancaran Didik TV KPM

 


Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan saluruan khusus TV Pendidikan yang dikenali  sebagai  Didik TV KPM mulai 17 Februari 2021. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. Pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi. 

Video-klik pada perkataan video

Bersiaran secara langsung  di NTV7 pada jam 8.00 pagi 17/2/2021.

Didik TV adalah usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Media Prima Berhad

Kementerian Pendidikan Malaysia atas sikap tanggungjawab pembelajaran harus diteruskan apabila berlaku sesuatu perkara seperti Pandemik Covid-19.  Harap program ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa.

Kerangka pengisian DidikTV KPM adalah berkaitan Kurikulum, Kokurikulum dan nilai tambah dalam program ini. Siaran sukan selama setengah jam setiap hari untuk murid mengamalkan hidup secara sihat dan dapat mengurangkan berat badan.

Dalam era broadcasting yang pesat berkembang, DIDIK TV amat sesuai untuk dijalankan pada zaman sekarang. Guru-guru cemerlang akan dibawakan ke dalam slot di sini. 

Rancangan DIDIK TV KPM akan bermula seawal jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari. 107 di MYTV, 104 Unifi TV dan lain2 saluran.

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin berkata kerajaan sedar bahawa murid-murid berasal daripada latar belakang yang berbeda, jadi kekangan terhadap PDPR online amat besar jurangnya. Jadi disebabkan ini DIDIK TV KPM diwujudkan. 

Program ini juga sangat baik bagi membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM 2020. PM juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang berusaha membantu kerajaan. Ini adalah menjamin kualiti pendidikan di Malaysia tidak kira daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke Tingkatan 6.





No comments:

Post a Comment

Post Top Ad