Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka bagi murid-murid SPM dan SVM tahun 2020 akan berakhir pada 9 Februari 2021. Ini adalah bagi memberi ruang kepada muriduntuk membuat persediaan kendidiri sebelum peperiksaan bermula pada 22 Februari 2021.
Baagi murid yang yang tinggal di asrama sekolah,mereka perlu kekal berada di asrama. Walau bagaimana pun,murid asrama yang ingin menyambut Perayaan Tahun Baharu Cina bersama-sama keluarga dibenarkan pulang selepas sesi persekolahan pada 9 Februari 2021. Namun kebenaran ini tertakluk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa.
No comments:
Post a Comment