Breaking

Post Top Ad

Wednesday, March 24, 2021

Minggu Sains Negara 2021 (MSN 2021)





 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melaksanakan Minggu Sains Negara 2021 (MSN 2021) bermula 1 - 7 April 2021 SECARA MAYA.

Penganjuran Minggu Sains Negara merupakan salah satu daripada inisiatif MOSTI dalam usaha menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negara selari dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang menggariskan pelaksanaan pelbagai inisiatif, program dan aktiviti bagi tempoh 2021 sehingga 2030. Panganjuran ini juga adalah selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017 sebagai punca kuasa supaya penganjuran Minggu Sains Negara dilaksanakan pada minggu pertama bulan April setiap tahun di seluruh negara. Seperti yang kita sedia maklum, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia secara amnya dan Malaysia secara khususnya telah memberi impak kepada kaedah pelaksanaan sebarang bentuk penganjuran program/aktiviti yang melibatkan orang ramai. Pada tahun 2020, kaedah konvensional Minggu Sains Negara yang dirancang telah diubahsuai secara keseluruhan di mana 95% aktiviti dan program yang dirancang telah diubah suai dan diadakan secara maya.

Objektif utama penganjuran Minggu Sains Negara adalah :- i. meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kehidupan seharian; ii. menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara; dan iii. menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains.

Maklumat Lanjut mengenai MSN 2021 juga boleh di layari di Laman Web MOSTI, Facebook MOSTI atau  https://minggusainsnegara2021.com.my/ .  Jadual Pelaksanaan MSN 2021 seperti pautan berikut :  https://drive.google.com/drive/folders/1RFAKAGKmlpzbDrBZvWMh2tzXKEvbdDrn?usp=sharing

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad