Breaking

Post Top Ad

Wednesday, April 21, 2021

Jom Baca 10 minit

 




Program Jom Baca 10 minit

Disambut  setiap  tahun  sempena  Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia. 

Konsepnya  diilhamkan  daripada  sambutan  Earth  Hour  di  mana    dalam  program    ini  semua  lapisan    masyarakat   tanpa   mengira pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar membaca selama 10 minit secara serentak.

 Dapat   membentuk   masyarakat   Malaysia sebati   dengan   budaya membaca seterusnya menjadikan  tabiat   suka  membaca  sebagai

 satu amalan hidup.


22 April 2021, jam 11.00 pagi, walau di mana anda berada…berhenti seketika dan jom baca bersama 10 minit.  Ayuh gunakan peluang ini sebagai tanda komitmen kita terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.


Jangan lupa tonton dan sertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit  2021 yang akan bersiaran secara langsung menerusi saluran Facebook rasmi Perpustakaan Kuala Lumpur di pautan

ini https://fb.me/e/djG11IQys

pada 22 April 2021 (Khamis) pukul 9:30 pagi -11:30 tengah hari. Turut diadakan pelancaran aplikasi e-book Buffet@PKL kerjasama bersama JPWPKL.


Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar menarik anda ketika membaca di Facebook atau Instagram dan sertakan tanda pagar :


#malaysiamembaca #kualalumpurmembaca  #jombacabersama10minit2021 #bacafikiramal


Dan jangan lupa untuk daftarkan penglibatan anda dalam program ini menerusi pautan : 

https://jombacabersama.ml 


Bersama kita semarakkan amalan membaca agar menjadi budaya rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad