Breaking

Post Top Ad

Wednesday, July 21, 2021

Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah

 Tanpa Fail Kuasa,sukar untuk GPM menguruskan Pusat sumber Sekolah. Fail Kuasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah PSS. Rekod penting tentang dasar / polisi dan keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.

Tujuan Fail Kuasa

- Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Perpustakaan dan Media. 

- Guru baharu dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk fail kuasa yang disediakan.

- Elakkan percanggahan idea antara AJK PSS

- wujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.

Jika terdapat perubahan mesti mengadakan mesyuarat dan meminda dalam borang pindaan.


Ciri-Ciri

- Fail Keras / Ring File

- Muka hadapan bertulis "Fail Kuasa PSS"

- Mempunyai isi kandungan

- Tarikh Kuatkuasa

- Menggunakan Kertas A4 standard


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad