Breaking

Post Top Ad

Friday, February 4, 2022

HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2022

 





Dimaklumkan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan 2022 (HKK 2022) seperti ketetapan berikut:


📆 23 Februari hingga 7 Mac 2022

⏰ 10.00 pagi hingga 10.00 malam

🏟 Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.


Penganjuran kali ke-19 ini memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf kepada pembangunan industri kraf negara. Dengan bertemakan ‘Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia’, keunikan dan keindahan produk kraf yang digunakan dapat menceriakan kehidupan Keluarga Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa. Penghasilan kraf juga dapat menjana pendapatan selari dengan aspirasi kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara. Pengunjung berpeluang mendapatkan produk kraf tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf secara terus daripada pengusaha kraf. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya :


🔸Jualan Kraf

🔸Pameran Produk Kraf

🔸Pameran Institut Kraf Negara (IKN)

🔸Padanan Perniagaan

🔸Demonstrasi kraf dan Masakan Tradisional

🔸Seminar Kraf

🔸Interaktif Kraf

🔸Persembahan Kesenian

🔸Jualan Makanan & Minuman.


Sehubungan itu,  Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput YB / YBhg.  Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk memeriahkan acara ini dengan menyertai aktiviti Lawatan Khidmat Iring sempena HKK 2022. Melalui aktiviti ini kumpulan-kumpulan lawatan akan diraikan sebagai tetamu dan diiringi oleh pegawai bertugas bagi memberi penerangan sambil berpeluang membeli pelbagai produk kraf buatan tempatan yang berkualiti tinggi. 


Pautan link Borang Pengesahan Lawatan Khidmat Iring HKK 2022

 https://forms.gle/7uBLKgUMt5vvrmu6A 


Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Lawatan Khidmat Iring di talian / alamat sepertimana berikut :


☎️ 03-2161 1480 /1470 

📠 03-2161 1501  

👩🏻‍💼Pegawai Penyelaras : Puan Nurhana Masazing Abdullah (011-1020 4347) atau Encik Luqmanul Hakim bin Mokhtar (012-309 9261).

📧 komplekskrafkl@kraftangan.gov.my

👩‍💻FB: Kompleks Kraf Kuala Lumpur / Kraftangan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad