Breaking

Post Top Ad

Sunday, March 20, 2022

PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SECARA BERSEMUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 KPM memaklumkan bahawa aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah yang melibatkan guru srta murid sekolah berkenaan adalah dibenarkan mulai 21 Mac 2022.

Dalam hal ini, guru/jurulatih/pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin. Annex berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan

 https://www.moe.gov.my/muat-turun/kenyataan-media/km2022/5084- annex-sukan-kokurikulum-bersemuka-kpm/file


KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti/pertandingan/kejohanan sukan dan kokurikulum namun pelaksanaannya adalah terhad dalam kawasan sekolah dan hanya melibatkan murid/guru/jurulatih/pengajar sekolah berkenaan sahaja.

 Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapat kebenaran KPM

Dalam hal ini, KPM berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti/pertandingan sukan dan kokurikulum jika didapati penganjur tidak mengikut ketetapan KPM. 

KPM ingin menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Annex Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. 

Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

 KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik. – 

TAMAT – KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 17 MAC 2022


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad