Breaking

Post Top Ad

Tuesday, June 6, 2023

PERMOHONAN PEMBERIAN AWAL WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

 Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah bersetuju supaya kenaikan maksimum GCR dipinda 160 hari kepada 180 hari sebagai menghargai jasa anggota perkhidmatan awam. Berikutan dengan pengumuman tersebut, kebenaran pemberian awal award wang tunai GCR juga telah dipinda dari 80 hari kepada 90 hari.


Dalam perkara ini, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan dan mempertimbangkan semua permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang dikemukakan oleh pegawai/kakitangan di bawah seliaan masing-masing berdasarkan syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan. Permohonan yang telah lengkap dan diperakukan oleh ketua  jabatan hendaklah dikemukakan terus ke Bahagian Pencen, JPA melalui surat iringan ketua jabatan ke alamat seperti yang dinyatakan di bawah :

Bahagian Pencen
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 5, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62510 Willayah Persekutuan
PUTRAJAYA



Selain itu, Ketua Jabatan juga bertanggungjawab untuk memastikan kelulusan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai setelah mendapat kelulusan darpada JPA. Bagi proses pembayaran GCR pula, pihak tuan/puan dikehendaki untuk menyelaras dan mengemukakan maklumat peruntukan yang diperlukan oleh pejabat pembayar mengikut jumlah bayaran awal award wang tunai GCR yang telah diluluskan oleh JPA pada setiap bulan menggunakan format seperti di lampiran B dan dihantar ke Sub-Unit Pencen, Unit Perjawatan dan Perkhidmatan , SSM, Jabatan Pendidikan Negeri.




No comments:

Post a Comment

Post Top Ad