Sukacita dimaklumkan pelaksanaan Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diuruskan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) negeri dan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT. DCS boleh diakses melalui portal: http://dcs.moe.edu.my bermula 10 Ogos sehingga 30 November 2023.
Sumber - surat dari Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), nombor rujukan KPM.600-9/2/1(55) adalah berkaitan
Untuk makluman, DCS adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berkonsepkan penjelajahan pembelajaran yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan kewarganegaraan digital.
Panduan Pelaksanaan DCS - https://btpnsel.edu.my/2022/09/taklimat-pelaksanaan-dcs-2022/
Cara daftar Murid Secara Pukal DCS - https://www.youtube.com/watch?v=UzZqRJU7e_s
No comments:
Post a Comment