Breaking

Post Top Ad

Tuesday, October 3, 2023

LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI MENJAMIN KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID-MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERADA DALAM KAWAAN BERJEREBU YANG DIANGGAP KRITIKAL

 Sumber : SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

                 BILANGAN 1 TAHUN 2019


Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 1/2018 bertarikh 8 Ogos 2018 yang dipengerusikan oleh YB. Menteri Tenaga , Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah bersetuju meluluskan pindaan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Justeru itu, pihak KPM diarahkan supaya mengambil langkah-langkah wajar bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di dalam kawasan berjerebu yang kritikal.

Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengumumkan bahawa tafsiran indeks Pencemar Udara (IPU) berdasarkan kepada parameter PM2.5 adalah seperti berikut :


Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah berikut jika fenomena berjerebu melanda kawasan atau daerah di mana sekolah itu berada :

  • Jika bacaan IPU melebihi 100, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid. Disarankan aktiviti keramaian/sukan di luar bangunan ditangguhkan ;
  • Jika bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada di dalam kawan atau daerah hendaklah ditutup dengan serta-merta, 
  • Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan guru membuat tugasan yang sewajarnya di sekolah semasa sekolah ditutup jika guru tidak diberi cuti selaras dengan peruntukan dalam Surat Siaran Bil.8/2016 : Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.
  • Jika bacaan IPU melebihi 500, guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah;
  • Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa 


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad