Breaking

Post Top Ad

Friday, February 21, 2020

PEMBAYARAN PENEBUSAN AWAL GANTIAN CUTI REHAT

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif kepada penjawat awam di dalam Belanjawan 2020 iaitu kebenaran penebusan awal award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR). Inisiatif ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah Pekeliling Perkhidmatan berkaitan akan dikeluarkan kelak.

Bagi tujuan tersebut, Kerajaan telah bersetuju permohonan dan pembayaran penebusan awal GCR dilaksanakan di peringkat Kementerian/ Jabatan sahaja. Manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan bertindak sebagai agensi yang meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh pihak Kementerian/ Jabatan. Ini bermakna peruntukan penebusan awal GCR ini akan disalurkan terus daripada Kementerian Kewangan kepada Kementerian/ Jabatan mengikut bilangan pegawai yang memenuhi syarat-syarat asas yang telah ditetapkan iaitu :-
    
i.  mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira sekurang-kurangnya 15 tahun;
ii.  telah mencapai umur 45 tahun; dan
iii.  mempunyai jumlah GCR terkumpul sekurang-kurangnya 75 hari yang telah disemak dan dikemaskini berdasarkan pekeliling perkhidmatan   dan peraturan berkaitan GCR.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad