Program ini diurussetiakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sekretariat Kuala Lumpur Ibu Kota Buku 2020 .
Festival Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) akan diadakan pada 18 hingga 23 April 2020 bertempat di Hadapan Bangunan Abdul Samad di Dataran Merdeka. Berbagai aktiviti akan diadakan oleh PKL, DBP, MBKM dan lain-lain agensi.
Majlis Pelancaran KLWBC 2020 akan diadakan pada 22 April (malam) dan YBrs. Pengarah JPWPKL diundang untuk majlis perasmian tersebut. JPWPKL diperlukan untuk mempromosi penglibatan warga pendidik dan muridmurid sepanjang Festival KLWBC 2020 diadakan.
JPWPKL telah diangkat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rakan strategik dalam segenap segi sama ada sebagai sektretariat dan juga promosi kepada KLWBC 2020.
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi peluang kepada JPWPKL untuk mempromosi #KlmembacadiSEKOLAH di Skrin besar di Dataran Merdeka dan skrin panjang di bangunan DBKL secara percuma dan mesti disertai perkataan KLWBC.
Dewan Bahasa dan Pustaka akan memberi fokus untuk program #KLmembaca diSEKOLAH untuk dimuatkan ke dalam Dewan SISWA atau Pelita Bahasa pada bulan April.
Majlis penyerahan cenderamata promosi KLWBC 2020 kepada YBrs. Pengarah JPWPKL akan diadakan untuk menerima cenderamata sumbangan MPH yang akan diagihkan kepada sekolah dan murid-murid.
MAKLUMAN / TINDAKAN JABATAN PENDIDIKAN WP KUALA LUMPUR (SSTP)
Memberikan poster #KLmembacadiSEKOLAH kepada pihak urus Setia DBKL untuk ditayangkan di 2 skrin besar di Bangunan Abdul Samad dan di Bangunan DBKL.
No comments:
Post a Comment