Breaking

Post Top Ad

Friday, September 10, 2021

Pelaksanaan Program TV Pendidikan melalui Astro

  Pengenalan Program TV Pendidikan 

Bermula Januari 2000, pelaksanaan program TV Pendidikan melalui ASTRO merupakan usaha Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan PDP di sekolah.

Bahan bantu (media) Rancangan TV Pendidikan membantu mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran di sekolah. Minat dan motivasi pelajar melalui rancangan TV Pendidikan merangsang minat murid.

Bermula fasa pertama pada akhir tahun 1999 sehingga kini pelaksanaan pemasangan peralatan ASTRO sebagai media penyiaran di sekolah secara berperingkat.


Sejarah Penggunaan TV Pendidikan Melalui Siaran Astro

Y.A.B Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan secara rasmi perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia pada 19 Jun 1972 yang diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (sejak 1988 , BTP Bahagian Teknologi Pendidikan dan kini dikenali sebagai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan BSTP).


Kerajaan telah mewujudkan perkhidmatan TV Pendidikan bertujuan membantu pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara. Integrasi nasional dipupuk terutamanya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah Sarawak pada 30 Ogos 1976, Menteri Pelajaran pada masa itu , Y.B. Dr. Mahathir  bin Mohamad dengan rasminya  TV Pendidikan ke Sabah dan Sarawak.

Menerusi TV2, perkhidmatan TV Pendidikan dilaksanakan setelah lebih 30 tahun perkhidmatan. Kementerian Penerangan telah menyatakan hasratnya untuk mengambil balik waktu siaran yang diperuntukkan itu. 

Kementerian Penerangan mula memendekkan jumlah waktu siaran TV Pendidikan dari 32jam seminggu kepada 28 jam seminggu mulai 1 Mac 1995.seterusnya, mulai November 1997, waktu siaran TV Pendidikan dikurangkan menjadi 20 jam seminggu . Kemudian mulai 1 Jun 1998, masa siaran TV Pendidikan dipendekkan lagi kepada 16 jam seminggu. Akhirnya, Kementerian Penerangan mengambil balik waktu siaran TV Pendidikan selepas 31 Disember 1999.

Mulai tahun 2000, bagi membolehkan penyiaran TV Pendidikan diteruskan ASTRO menyiarkan dan dikendalikan oleh MEASAT Broadcast Network System Sdn. Bhd. (MBNS), pengendali televisyen satelit pertama Malaysia di bawah jenama ASTRO. Dari saluran TV2  RTM kepada saluran ASTRO melalui peralihan dan menjadi satu keperluan dalam bidang pendidikan.

Untuk sebarang permasalahan mengenai ASTRO anda boleh ke pautan Kampus ASTRO




No comments:

Post a Comment

Post Top Ad