Breaking

Post Top Ad

Tuesday, September 28, 2021

RANCANGAN TV PENDIDIKAN

 Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha mempertingkatkan kualiti dan pelbagai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rancangan TV Pendidikan merupakan salah satu usaha ini. Melalui rancangan TV Pendidikan ini dapatlah membantu dan merangsang minat murid. Murid dapat menghadapi keadaan sebenar mengenai visual yang ditunjuk guru.

TV Pendidikan digunakan oleh guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan bertanggungjawab serta terdapat dua asas penerbitan bagi rancangan-rancangan ini, iaitu:

1. Topik-topik yang sukar diajar oleh guru

2. Topik-topik yang sukar difahami oleh pelajar

Berpandukan dua aspek ini, maka Bahagian Teknologi Pendidikan telah dapat menghasilkan rancangan-rancangan yang bermutu dan bermaklumat.

Melalui ASTRO, pakej TV Pendidikan turut menyediakan saluran-saluran lain yang boleh membantu merangsang minat dan kemahiran murid. Berikut ialah saluran-saluran yang terlibat :

Saluran        Program

    1               RTM 1

    2               RTM 2

    3               TV 3

    7              NTV 7

   11             Discovery Travel dan Living

   13             TV Pendidikan /  Tech TV

   14             TV IQ

   50             Discovery Channel

   51             Animal Planet

   52             National Geographic

   61            Disney Channel


Peralatan TV Pendidikan dan Fungsi


(Televisyen dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri)


Digital Multimedia Terminal (DMT)
Terdapat 2 jenis DMT iaitu berjenama Philips dan Nokia.



Remote Control Alat Kawalan Jauh
Terdapat 2 jenis alat kawalan jauh yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah,iaitu yang berjenama Philips dan Nokia



Out door unit(ODU)
Out Door Unit ialah alat penerima satelit dari sistem pemancar ke televisyen penerima. Alat ini sangat sensitif kepada cuaca seperti hujan lebat dan ribut petir. Out Door Unit sebaik-baiknya dipasang pada aras ketinggian yang selamat dan tidak terhalang oleh sesuatu objek yang boleh menjejaskan penerimaan signal.


Kad Pintar










No comments:

Post a Comment

Post Top Ad