Breaking

Post Top Ad

Friday, April 8, 2022

PEMAKLUMAN KELONGGARAN PENGANJURAN ACARA/ MAJLIS/ KERAIAN RASMI KERAJAAN/ MESYUARAT/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ BENGKEL BAGI TAHUN 2022 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 BKew KPM memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat bertarikh 15 Februari 2022 telah bersetuju memberikan kelonggaran penganjuran acara/ majlis keraian rasmi/ bengkel/ kursus/ seminar/ mesyuarat dilaksanakan di premis selain di ILA atau premis/ kemudahan sedia ada milik Kerajaan yang bersesuaian termasuk hotel bagi merangsang sektor pelancongan negara. Kelonggaran ini adalah bagi tahun 2022 dan tertakluk kepada peruntukan sedia ada Bahagian/ Jabatan yang telah diluluskan tanpa melibatkan sebarang peruntukan tambahan.

Walau bagaimanapun, surat BKew rujukan KPM.400-5/7/10 (23) bertarikh 29 November 2021 mengenai pengecualian penolakan Institut Latihan Awam (ILA) bagi permohonan kemudahan secara pakej di premis swasta adalah masih diguna pakai. Surat Pegawai Pengawal bertarikh 15 Februari 2022 mengenai Langkah-Langkah Kawalan Perbelanjaan KPM Tahun 2022 juga perlu dirujuk dalam setiap perancangan aktiviti/ program di Bahagian/ Jabatan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad