Breaking

Post Top Ad

Thursday, August 25, 2022

CUTI GANTIAN KAKITANGAN KERAJAAN

 CUTI GANTIAN


Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada adalah pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan mendapatkan bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas, layak diberi Cuti Gantian mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan. 


Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam (termasuk sabtu dan ahad) kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, SPP 1/1980, PP 9/1991 dan PP 4/2002.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad