Breaking

Post Top Ad

Friday, September 16, 2022

Program Pecutan SPM @PKL (Percuma)


Jom sertai Program Pecutan SPM @PKL.
Program ini adalah satu platform yang menyediakan bahan bahan ulangkaji dan soalan-soalan peperiksaan yang boleh dirujuk oleh pelajar SPM secara dalam talian. Ia ditawarkan secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 dan setiap pelajar yang terpilih akan diberikan satu ID untuk digunakan dalam mengakses sistem MY Guru ini. Pelajar boleh dapatkan bahan rujukan dan kertas soalan dimana-mana sahaja secara dalam talian sahaja.

My Guru akan menawarkan 2 platform iaitu :
1. MyLessons
Bahan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran terkini yang dilengkapi dengan video animasi, nota ringkas, praktis interaktif dan soalan kuiz.

2. MyQuestions
Koleksi ribuan bank soalan yang dilengkapi soalan mirip peperiksaan dalam format terkini. Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan penerangan lengkap berserta tips menjawab.

Rebutlah peluang ini kerana hanya 40 pendaftaran terawal akan terpilih.
Syarat dan tarikh tutup penyertaan adalah seperti di poster.

Pendaftaran Keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur (PERCUMA) :
https://tinyurl.com/Ahli2022

Pendaftaran Pecutan SPM @PKL sila klik :
https://tinyurl.com/spmpkl

 

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad