1.0 Latar Belakang
Selaras dengan satu daripada enam Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu kemampanan - mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan, semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disarankan membuat langganan akhbar untuk memupuk budaya membaca dan memperkukuhkan kesedaran pentingnya membaca dalam kalangan murid. Akhbar arus perdana sewajarnya menjadi bahan bacaan dalam kalangan murid supaya mereka peka dengan perkembangan semasa yang berlaku di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.
2.0 Pendahuluan
Garis Panduan Pembelian Akhbar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi Kedua ini disediakan sebagai panduan kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dalam pengurusan pembelian akhbar.
3.0 Tujuan
Garis panduan ini disediakan kepada pihak sekolah untuk tujuan berikut:
3.1 menerangkan kaedah perolehan akhbar bagi kegunaan murid dan warga sekolah;
3.2 menyediakan panduan dalam membuat pembelian akhbar;
3.3 memastikan pematuhan kepada peraturan kewangan dan perakaunan yang sedang berkuat kuasa dalam membuat pembelian akhbar;
3.4 menyediakan panduan untuk menguruskan penggunaan akhbar di sekolah; dan
3.5 menyediakan rujukan kepada semua pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan guru sekolah yang terlibat dalam pengurusan pembelian akhbar di sekolah.
4.0 Punca Kuasa
Punca kuasa bagi pembelian akhbar oleh pihak sekolah adalah berdasarkan:
4.1 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2024; dan
4.2 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2024.
5.0 Pengecualian
Garis panduan ini terpakai bagi semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Semenanjung Malaysia SAHAJA dan tidak termasuk sekolah yang berada di kategori Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) dan Pedalaman 3 (P3).
6.0 Ketetapan Pembelian Akhbar
Ketetapan kuantiti bagi pembelian akhbar untuk sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut:
6.1 Sekolah Rendah: tiga naskah akhbar Bahasa Malaysia:
i. satu naskah Utusan Malaysia;
ii. satu naskah Berita Harian; dan
iii. satu naskah Sinar Harian.
6.2 Sekolah Menengah: 15 naskah akhbar Bahasa Malaysia:
i. lima naskah Utusan Malaysia;
ii. lima naskah Berita Harian; dan
iii. lima naskah Sinar Harian.
6.3 Bilangan hari bagi pembelian akhbar ini adalah berdasarkan kepada
kalendar akademik sesi persekolahan yang ditetapkan oleh KPM
(termasuk cuti peristiwa).
6.4 Pesanan pembelian akhbar ini dilaksanakan melalui laman sesawang Perbadanan Kota Buku (PKB) yang boleh diakses melalui http://mall.bookcapital.com.my/user/login. Carta alir kaedah pesanan dan penerimaan akhbar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seperti di Lampiran 1. Harga pakej langganan yang disediakan.
6.5 Sekiranya pesanan akhbar melalui kaedah di perenggan 6.4 tidak dapat dilaksanakan (peluasan berfasa oleh pihak PKB), pihak sekolah boleh melanggan terus akhbar secara bulanan daripada pembekal tempatan mengikut kuantiti dan bilangan hari yang ditetapkan. Bagi kaedah ini, pesanan perlu dibuat sebelum akhbar dihantar dan pembayaran adalah berdasarkan bilangan akhbar yang diterima oleh sekolah mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa.
7.0 Pengurusan Kewangan
7.1 Perolehan akhbar ini hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan kewangan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPPKWS) yang sedang berkuat kuasa.
7.2 Pembelian akhbar yang telah ditetapkan di bawah garis panduan ini, dibenarkan secara pembelian terus selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan/Perolehan Kerajaan (PK) 7.12: Perolehan Bekalan Surat Khabar dan Majalah Tempatan.
7.3 Pihak sekolah hendaklah membuat bayaran dalam tempoh 14 hari selepas invois lengkap diterima daripada PKB atau pembekal pada setiap bulan.
7.4 Peruntukan yang disalurkan oleh JPN kepada sekolah perlu diaukan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dalam Lajur Lain-lain>Pelbagai>Akhbar dan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) disediakan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan KPM.
Post Top Ad
Saturday, February 22, 2025
Home
garis panduan pembelian akhbar 2025
GARIS PANDUAN PEMBELIAN AKHBAR DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDISI KEDUA
GARIS PANDUAN PEMBELIAN AKHBAR DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDISI KEDUA
Tags
garis panduan pembelian akhbar 2025#
Share This
About penulis
garis panduan pembelian akhbar 2025
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Info Penulis
Penulis adalah seorang ...... yang berkongsi maklumat dan info terkini berkaitan Pusat Sumber Sekolah dan juga Program NILAM di Malaysia.
No comments:
Post a Comment