Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat Pemakluman Berhubung Garis Panduan Pembelian Akhbar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 4 Mac 2024 sebagai panduan kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bawah seliaan KPM berhubung tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam urusan pembelian akhbar.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan supaya urusan pembelian surat khabar ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bawah KPM dilaksanakan melalui platform Kota Buku Digital, Perbadanan Kota Buku (PKB). PKB berperanan sebagai pemudahcara bagi pembelian akhbar oleh pihak sekolah berasaskan inisiatif digitalisasi yang memenuhi tatacara kewangan kerajaan. Melalui inisiatif digitalisasi ini, pihak pembekal tidak perlu melalui proses pengurusan local order secara manual di semua sekolah yang terlibat.
Dengan berkuatkuasanya surat Pemakluman Pelaksanaan Garis Panduan Pembelian Akhbar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini maka Surat Pemakluman Berhubung Garis Panduan Pembelian Akhbar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.100-1/7/1 Jld.2 (97) bertarikh 4 Mac 2024 adalah terbatal.
Post Top Ad
Saturday, February 22, 2025
Home
pembelian akhbar
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PEMBELIAN AKHBAR DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDISI KEDUA
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PEMBELIAN AKHBAR DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDISI KEDUA
Tags
pembelian akhbar#
Share This
About penulis
pembelian akhbar
Labels:
pembelian akhbar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Info Penulis
Penulis adalah seorang ...... yang berkongsi maklumat dan info terkini berkaitan Pusat Sumber Sekolah dan juga Program NILAM di Malaysia.
No comments:
Post a Comment